Kesemua mangsa ditempatkan di 43 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

Menurut aplikasi Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas masih merekodkan jumlah tertinggi dengan 7,322 mangsa daripada 3,266 keluarga telah ditempatkan di 29 PPS diikuti Tumpat berjumlah  3,704 orang (1,319 keluarga) di lapan PPS.

Di Kota Bharu, sejumlah 102 mangsa (25 keluarga) ditempatkan di dua PPS, 121 mangsa (30  keluarga) di tiga PPS di Pasir Puteh dan 29 mangsa (lapan keluarga) di sebuah PPS di Tanah Merah.

Portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang sedikit meningkat kepada 10.37 meter pada 8 malam ini berbanding 10.35 meter pada 4 petang tadi, paras bahaya ialah sembilan meter. - Bernama