Menurut kenyataan daripada Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Jelebuh hari ini, tiada penambahan bilangan mangsa banjir di PPS itu setakat pukul 4 pagi tadi.

PPS itu mula dibuka pada pukul 3.45 pagi semalam susulan rumah mangsa mula dinaiki air berikutan hujan berpanjangan sejak 5 petang kelmarin yang menyebabkan air Sungai Teriang melimpah ke kawasan perkampungan terbabit.

Mangsa terjejas terdiri daripada 13 lelaki dan 12 wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.

Menurut Sekretariat JPBD Jelebu lagi, biarpun cuaca cerah, keadaan paras air banjir masih belum pulih dan tidak menunjukkan perubahan ketara.

Pemantauan masih diteruskan oleh agensi berkaitan. - Bernama