Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak, semua penduduk terbabit yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan terdiri daripada 18 keluarga.

“Banjir di Kampung Batu 7 1/2; Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 9 itu berpunca daripada hujan lebat pada Jumaat,” demikian menurut kenyataan sekretariat berkenaan.

Sementara itu, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat menyatakan jumlah mangsa banjir di daerah Kampar kekal seperti semalam iaitu 14 orang terdiri daripada dua keluarga.

Semua mangsa dari Kampung Cabang Dua, Kuala Dipang ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Kuala Dipang. - Bernama