Perdana Menteri mengambil maklum mengenai kemajuan besar yang telah dibuat oleh Zhejiang Geely Holding Group dari segi mengeluarkan kereta berkualiti walaupun memasuki perniagaan kereta lebih lewat berbanding Proton.

“Semasa Proton diperkenalkan, Geely belum wujud. Kita telah menghantar enam buah kereta Proton ke sini (China) dan kita sangat bangga atas pencapaian itu.

“Bagaimanapun se­perti yang anda tahu, Geely sudah menandingi kita dari segi kualiti dan produktiviti industri kita.

“Saya percaya Proton boleh meraih manfaat daripada kerjasama dengan Geely,”­ kata­nya selepas me­nyaksikan perjanjian antara Proton dan Geely di ibu pejabat Geely di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.