Pengurus Hal Ehwal Islam dan Hubungan Kerajaan Mamee, Ahmad Syukry Ibrahim berkata, golongan tersebut menerima sumbangan snek Mamee Monster dan mee segera bagi meringankan beban setiap pelajar.

“Mamee memilih akademi ini kerana usahanya yang membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna.

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat membuka mata banyak pihak serta mampu memberi sinar dan kegembiraan kepada para penerima dalam kehidupan seharian mereka agar lebih sempurna,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sebanyak 6,000 pek snek Mamee kepada para pelajar akademi tersebut.

Turut hadir Pengarah Pelajaran Akademi IDEAS, Bharti Jain.

Sementara itu, Ahmad Syukry memberitahu, program seperti itu merupakan inisiatif Mamee untuk mendekati golongan yang kurang berkemampuan, sekali gus dapat berkongsi sedikit kegembiraan bersama mereka.

"Usaha ini akan diteruskan dan dijangka bakal mengadakan acara yang lebih besar dengan menjemput serta membantu lebih ramai golongan yang memerlukan dari aspek motivasi dan makanan.

"Justeru saya harap para penerima akan dapat memanfaatkan bantuan yang diberikan sebaik mungkin," ujarnya.

Dalam program tersebut, para pelajar turut dihiburkan dengan kehadiran maskot terkenal Mamee iaitu Mamee Monster dan Mister Potato.

Akademi IDEAS merupakan pusat pendidikan yang diwujudkan oleh pertubuhan badan bukan kerajaan bagi memberikan pembelajaran secara percuma kepada anak pelarian dari pelbagai buah negara seperti Syria, Afganistan, Rohingya, Iraq, Palestine dan Myanmar. - K! ONLINE