Penerbangan pertama itu dilepaskan oleh Menteri Wilayah, Khalid Abd. Samad dengan pesawat OD1900 pukul 12.45 tengah hari tadi.

Khalid berkata, laluan baharu Malindo Air itu merupakan inisiatif untuk mensejahterakan rakyat khususnya Wilayah Labuan merupakan usaha dalam menjadikan Labuan sebagai sebuah pulau bebas cukai.

"Permohonan penerbangan ini telah diusahakan oleh Kementerian Wilayah melalui Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia penerbangan ini direalisasikan hari ini.

"Hasil pelan tindakan inisiatif ini juga membolehkan produk makanan laut sejuk beku di Labuan didaftar masuk sebagai bagasi. Orang ramai kini boleh produk makanan laut sejuk beku yang berkualiti tinggi daripada Labuan sebagai buah tangan," katanya. - K! ONLINE