Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Mohd. Sofi Abdul Wahab berkata, Malindo Air dijangka mengadakan penerbangan sebanyak tiga kali seminggu iaitu pada setiap Rabu, Jumaat dan Ahad di kedua-dua laluan tersebut.

“Laluan dari Kota Bharu ditetapkan pada pukul 11.55 pagi dan dijangka tiba di LTAM pada pukul 1.30 petang manakala penerbangan dari LTAM pula adalah pada pukul 1.50 petang dan tiba di Kota Bharu pada pukul 3.15 petang.

“Bagi laluan dari Langkawi pula bermula pukul 12.05 tengah hari dan tiba di LTAM pada pukul 1.45 petang manakala dari LTAM pula pada pukul 2.05 petang dan tiba di Langkawi pada pukul 3.45 petang,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan perkembangan terbaharu penerbangan di LTAM di sini sebentar tadi.

Ketika ini, LTAM hanya menggunakan kira-kira empat peratus penggunaan lapangan terbang tersebut iaitu menerusi syarikat Malindo Air yang mengadakan penerbangan ke Pekanbaru, Indonesia dan Pulau Pinang. - K! ONLINE