Menurut beliau, mesyuarat tahunan itu akan membincangkan isu-isu semasa serantau termasuk  keganasan dan keselamatan, program kerjasama serta keberkesanan pengurusan kawalan sempadan serta penguatkuasaan bersama 10 negara anggota ASEAN.

"Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah adalah berdasarkan susunan huruf dalam kalangan negara anggota ASEAN.

"Selain Sekretariat ASEAN, Ketua-Ketua Pengarah Imigresen yang bakal terlibat dalam mesyuarat DGICM kali ini termasuk dari Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas menjadi tetamu pada program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel di sini malam tadi. - Bernama