NAJIB
NAJIB

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, mana mungkin sebagai umat Islam, negara ini dapat menerima pengiktirafan tersebut.

“Minggu ini kita dikejutkan de­ngan cadangan Amerika untuk mengiktiraf satu daripada tiga tanah suci umat Islam iaitu Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

“Saya yakin dan percaya, mana mungkin kita sebagai umat Islam dapat menerimanya sampai bila-bila,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Najib berkata, selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri, beliau mengajak para pimpinan parti, para perwakilan dan seluruh ahli parti untuk bangun dan menzahirkan pendirian tersebut yang selantang-lantangnya.

“(Ini) agar dunia mendengar gema suara umat Islam di Malaysia bahawa kita menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmuqaddis menjadi sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila.

“Ya Allah Ya Tuhan, kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan musuh kami, DiKau satukanlah hati-hati kami. DiKau cerai-beraikan himpunan mereka, DiKau pisahkanlah kesatuan mereka. Ya Allah, DiKau goncangkan serta hancurkanlah perancangan mereka,” katanya sambil diiringi dengan laungan takbir.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.