Pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Rohingya dan lawatan delegasi khas ke Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar itu di­sempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 9 pagi semalam.

Misi berkenaan disertai 57 wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Ang­katan Tentera Malaysia (ATM) dan tujuh wakil media daripada pelbagai agensi media tempatan.

Ia diketuai Panglima ATM, Je­neral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Duta Muhibah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Tan Sri Michelle Yeoh.

Misi berkenaan akan menilai impak bantuan yang diberikan sehingga kini, selain memastikan Hospital Medan Malaysia dilengkapi sumber mencukupi bagi menangani keadaan yang melanda pelarian Rohingya, semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.