Beliau berkata, hubungan Malaysia-Singapura ini akan menyediakan akses yang mudah dan lancar kepada kedua-dua pelabur dari kedua-dua negara ke pasaran antara satu sama lain dengan gabungan permodalan lebih daripada US$1.2 trilion dan 1,600 syarikat senaraian awam.

Penubuhan koridor pasaran itu adalah susulan daripada perbincangan beliau dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loon, kata Najib dalam ucap tamanya pada Simposium Pasaran Modal Dunia Ke-5 2018, di sini, hari ini. - Bernama