Beliau berkata, ketika ini terdapat 115 pakar bedah neuro di seluruh negara di hospital kerajaan dan swasta dengan disokong oleh lebih  400 individu terlatih dalam kejururawatan neurosains.

"Oleh itu, kami berharap untuk mempunyai  tambahan 40-50 pakar bedah neuro dalam waktu terdekat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Simposium World Federation of Neurosurgical Societies (WFNS) 2018, di sini, hari ini.

"Susulan hanya terdapat jumlah kecil pakar bedah, wujud cabaran besar untuk memenuhi keperluan mangsa kemalangan yang mengalami kecederaan di kepala, kerana kemalangan menyumbang 70 peratus keperluan neurosurgeri di negara ini," katanya.

Melaka, Kelantan, Sarawak dan Perlis menghadapi kekangan perkhidmatan kesihatan neurosurgeri ketika ini.

Boon Chye berkata, juga terdapat keperluan bagi perkhidmatan neurosurgeri di hospital lebih kecil tetapi kos untuk mendirikan hospital/pusat neurosurgeri adalah amat mahal dengan sebuah pusat menelan kos antara RM5 juta dan RM10 juta. - Bernama