Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sesebuah negara yang kita import peralatan perdagangannya, jika mereka mengambil keputusan memboikot minyak kelapa sawit, maka kerajaan kita juga akan menghentikan pembelian dari negara berkenaan.

"Mereka melakukan pelbagai usaha pemasaran supaya kita membeli barangan mereka, tetapi barangan kita (mereka) tidak mahu beli. Malaysia bukanlah negara yang boleh diperkotak-katikkan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hello Komoditi Bagan Datuk di sini, semalam.

Menurut Ahmad Zahid, jika diluluskan EU, cadangan itu boleh menjejaskan pendapatan kira-kira 500,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara.

Malah, tegas beliau, keputusan itu boleh dianggap satu diskriminasi yang menjejaskan permintaan terhadap minyak sawit sebagai antara penyumbang eksport produk berasaskan komoditi terbesar dengan nilai RM71.5 bilion pada tahun lepas. – Bernama