Beliau berkata, Australia tidak memerlukan tenaga kerja asing untuk membina rumah yang berkualiti sebaliknya berbuat demikian dengan menggunakan teknologi terkini.

Australia berjaya membina rumah-rumah berkualiti dengan menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS), kata beliau.

"Ini mungkin bidang yang boleh kita kaji... Tentang bagaimana Australia capai kejayaan (bina rumah berkualiti). Perdana Menteri (Australia) Malcom Turnbull ada mengulas ia adalah sesuatu yang boleh disumbang Australia untuk capai agenda perumahan negara," katanya kepada media Malaysia hari ini.

Sementara itu, Najib berkata, kerajaan Malaysia menerima layanan baik daripada kerajaan Australia walaupun beberapa pihak menggesa supaya beliau tidak diberi layanan istimewa.

Pada malam Jumaat, Najib berkata, tindakan pihak tertentu yang tidak mahu beliau dan kerajaan Malaysia diberi penghormatan istimewa pada Sidang kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 di sini gagal mendapat perhatian kerajaan Australia.

Najib berada di sini untuk mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak dua hari itu yang berakhir hari ini. - Bernama