“Kedua-dua negara antara lainnya akan me­ningkatkan peranan Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit bagi mempromosikan produk sawit,” kata Leiking yang sedang dalam rangka lawatan tiga hari ke Indonesia bermula semalam.

Pada Januari lalu, Parlimen Eropah mengundi untuk menghentikan penggunaan biodiesel yang menggunakan minyat sawit secara berperingkat menjelang tahun 2021.

Leiking berkata, lawatan beliau itu adalah susulan kepada lawatan rasmi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selama dua hari ke Jakarta pada Jun lepas bagi meningkatkan kerjasama antara ke­dua-dua negara.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.