Beliau berkata, bantuan kewangan yang diberikan United Kingdom itu bagi membiayai program-program kemanusiaan, pendidikan dan kesihatan di Malaysia serta pengendalian hospital medan di Cox Bazar di Bangladesh

"Saya berterima kasih kepada United Kingdom untuk membantu pelarian Rohingya yang kini mencecah 100,000 orang (di Malaysia)," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi sulung Timbalan Perdana Menteri ke UKKhamis malam. 

Sebelum itu, Wan Azizah mengadakan perbincangan bersama Menteri Luar Negeri dan Komanwel United Kingdom (UK) (United KIngdom Secretary of State for Foreign and Commonwealth Affairs), Jeremy Hunt, yang berkisar mengenai hubungan dua hala antara Kuala Lumpur-London.

Dalam pertemuan 30 minit, yang berlangsung dalam suasana baik dan mesra di Foreign and Commonwealth Office (FCO), Wan Azizah diiringi Timbalan Menteri Luar, Senator Datuk Marzuki Yahya dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta pegawai tinggi Kementerian  Luar dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. - Bernama