Perdana Menteri yang tiba kira-kira pada pukul 8.15 pagi turut diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini.

Delegasi khas yang diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan juga bersama Duta Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tan Sri Michelle Yeoh.

Misi bantuan itu adalah bagi menilai impak bantuan yang diberikan sehingga kini selain memastikan Hospital Medan Malaysia dilengkapi dengan sumber yang mencukupi untuk menangani keadaan yang melanda pelarian Rohingya.

Delegasi yang disertai oleh wakil daripada Pejabat Perdana Menteri, ATM dan media tempatan berlepas pada pukul 9 pagi dengan menaiki pesawat pengangkut A400M TUDM di sini hari ini.

Lawatan itu juga dilakukan selaras dengan kerajaan Arab saudi dan Emeriah Arab Bersatu yang mana akan memberi bantuan dalam menyediakan peralatan dan bekalan perubatan di Hospital Medan.

Malaysia meneruskan bantuan kali ke-3 tersebut apabila sebanyak 10 tan bantuan kemanusiaan diberikan seperti barangan perubatan, ubat-ubatan, makanan dan keperluan harian untuk pelarian Rohingya. - K! ONLINE