Beliau berkata, pihaknya juga telah mengambil langkah-langkah proaktif, antaranya menghentikan semua produk berkaitan babi hidup dan beku yang diimport dari enam negara buat sementara waktu dan ia berkuat kuasa serta-merta.

Enam negara tersebut ialah China, Poland, Rusia, Hungary, Moldova (sebuah negara di Timur Eropah) dan Ukraine, katanya kepada pemberita  selepas mengadakan perjumpaan dengan pihak berkepentingan dan penternak babi, mengenai risiko penyakit ASF.

"Oleh yang demikian,  kerajaan memandang serius dan sangat mengambil berat risiko yang ada serta telah bertindak proaktif untuk memastikan tiada kemasukan virus ini ke Malaysia melalui pengimportan daging dan produk babi.

"Kita tidak boleh membenarkan industri babi diancam seperti dahulu ketika penularan virus Nipah. Kita mahu industri ini tahu kepentingan menjaga alam sekitar, kurangkan pencemaran dan mampu meningkatkan tahap sara diri secara kompetitif," katanya. - Bernama