Bahan sintetik itu juga boleh dikatakan sama seperti dadah jenis flakka yang menjadikan seseorang tidak sedar diri dan kelihatan se­perti zombi seperti yang dilaporkan sema­kin menular pengambilannya di Amerika Syarikat.

Kosmo! difahamkan NPS merupakan trend dadah baharu dan paling merunsingkan apabila penagihnya dapat mengelak kesan dadah dalam ujian air kencing dijalankan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kewujudan dadah NPS merupakan cabaran besar bagi JSJN dalam mengawal dan menghapuskan dadah yang dikenali dengan nama-nama saintifik berikutan ia menyerupai bentuk ubat-ubatan.

Katanya, kebanyakan NPS yang dihasilkan dalam bentuk pil boleh mengubah fungsi otak sehingga mengakibatkan perubahan dalam mood, kesedaran atau tingkah laku menjadi luar biasa dan agresif.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.