Komitmen itu dinyatakan oleh Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatannya dari Indonesia, Retno Marsudi dalam sidang akhbar bersama selepas mengadakan dialog dua hala di sini hari ini.

"Isu berkaitan persempadanan ini (kawasan sempadan tertentu di laut dan darat) akan kita selesaikan satu persatu dan akan disegerakan," kata Saifuddin yang sedang dalam rangka lawatan kerja ke Indonesia sejak Sabtu lalu.

Beliau yakin hubungan akrab kedua-dua negara akan memudahkan penyelesaian terhadap apa jua permasalahan yang dihadapi kedua-dua negara.

"Saya dan ibu Retno (Menteri Luar Indonesia)  juga kini sudah saling ber "whatsapps"," kata Saifuddin yang baru menjawat jawatan itu 2 Julai lepas. - Bernama