"Sejak sekian lama, Malaysia berpendirian bahawa perselisihan antara dua negara Korea itu perlu diselesaikan secara aman melalui rundingan dan dialog," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pejabat Keselamatan Nasional Korea Selatan, Chung Eui-yong mengumumkan Korea Utara dan Korea Selatan bersetuju mengadakan sidang kemuncak itu di Peace House, yang terletak di perkampungan bebas tentera Panmunjom, pada penghujung April depan, selepas delegasi beliau mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Pyongyang pada 6 Mac lalu.

Wisma Putra berkata, Kerajaan Malaysia juga mengalu-alukan persetujuan yang dicapai bagi mengadakan Sidang Kemuncak Korea Utara-Amerika Syarikat (AS) menjelang Mei tahun ini.

Ia berkata, Malaysia percaya perkembangan itu merupakan langkah penting ke arah mengendurkan ketegangan antara Korea Utara dan AS serta ke arah membebaskan Semenajnjung Korea daripada senjata nuklear.

"Kerajaan Malaysia sentiasa komited dengan peranannya bersama-sama rakan lain dan negara berpendirian serupa bagi mencapai objektif bersama berhubung pembebasan  daripada penggunaan senjata nuklear serta usaha mewujudkan keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea,” kata Wisma Putra. - Bernama