Menurut Jabatan Meteo­rologi, pada Ogos ini, kebanyakan tempat di Semenanjung dijangka menerima hujan pada paras normal antara 150 hingga 250 mi­limeter (mm) manakala beberapa kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya menerima hujan di bawah paras normal 100 hingga 150mm.

“Kebanyakan tempat di Sarawak dijangka menerima hujan di bawah paras normal sekitar 100mm manakala Kudat dan Pantai Barat Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan dijangka menerima hujan kurang sedikit daripada paras normal,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.