Beliau berkata, kerajaan yang dibarisi kepimpinan baru juga komited untuk mengatasi masalah penyalahgunaan kuasa serta amalan rasuah dalam urus tadbir negara.

"Saya tahu ramai ahli perniagaan berasa bimbang apabila berurusan dengan orang yang mengamalkan rasuah kerana akan ada tindak balas tertentu yang diambil individu berkenaan.

"Kami (kerajaan) akan melindungi anda daripada tindakan tersebut. Kami mahu kerajaan yang bersih dan saya percaya anda pun mahukannya," kata Mahathir.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) ke-72 di Hotel Mandarin Oriental di sini semalam. - K! ONLINE