Dalam serbuan kira-kira pukul 1 pagi itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan memproses dadah itu yang dilakukan secara bersendirian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya merampas sejumlah dadah bernilai RM15,000 yang terdiri daripada pelbagai jenis.

"Antaranya ialah 50 gram (g) syabu, 5g ganja,  49g serbuk disyaki dadah, 45 biji pil Ekastasi, 51 biji pil Yaba dan biji pil  Eramin 5.

"Selain itu pihak polis turut merampas beberapa peralatan disyaki bagi menghasilkan pil berkenaan yang ada diantara peralatan itu diolah sendiri oleh suspek," katanya pada sidang akhbar di Kepala Batas di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek mempelajari cara membuat dadah berkenaan menerusi Internet.

Menurutnya, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Sabtu ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Janayah bagi siasatan lanjut.

Dia yang positif dadah jenis morfin itu disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952. - K! ONLINE