Program Makan Percuma itu terbuka kepada orang ramai tanpa mengira parti politik di tapak bekas sebuah stesen minyak di sini.

Antara menu yang disediakan ialah roti canai, mi goreng dan nasi berlauk yang dihidangkan untuk kira-kira 3,000 pengunjung setiap hari sehingga 9 Mei depan.

Pengurus Restoran Khaleel Nasi Kandar, Khaleel Rahuman, 55, berkata, pihaknya dilantik menyediakan makanan percuma yang beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam.

“Sehari saya sediakan kira-kira 50 kilogram ayam mentah untuk dimasak kepada orang ramai.

“Sambutan yang diterima setakat ini sangat menggalakkan daripada penduduk setempat dan paling ramai datang pada waktu malam.

“Kita menyediakan sarapan bermula dari pukul 10 pagi, makan tengah hari pada pukul 12.30 tengah hari dan makan malam bermula seawal 4 petang,” kata­nya di sini semalam.

Bagi seorang pelajar, Alif Arman Nik Azmi, 18, dia teruja datang ke program itu kerana dapat menjimatkan perbelanjaan harian.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.