Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian tersebut oleh orang awam sebelum sebuah kereta peronda polis dikejarkan ke lokasi.

"Kejadian berlaku sekitar pukul 11.15 pagi tadi dan sebaik menerima makluman daripada orang awam, sebuah kereta peronda polis telah diarahkan melakukan tinjauan.

"Mak nyah warga asing itu seterusnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, beberapa klip video telah tersebar di laman media sosial sejak tengahari tadi memaparkan seorang mak nyah menari-nari dalam keadaan bogel di tengah-tengah jalan raya.

Mak nyah berkenaan yang dipercayai kurang siuman turut kelihatan memanjat beberapa buah kereta dan bertindak menghalang lalu-lintas sambil menari.

Jelas Rudy, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan susulan kejadian terbabit dan pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada orang awam.

"Bagaimanapun satu laporan polis akan dibuat berhubung tindakan individu berkenaan yang berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai,' katanya. - K! ONLINE