Pengarah Kesihatan Perlis, Dr. Zaini Hussin berkata, peratusan itu berdasarkan tinjuan semasa di Bazar Ramadan di Kangar, Arau dan Padang Besar.

"Perkembangan ini amat positif selain majoriti peniaga Bazar Ramadan di Perlis dapat menjaga kebersihan dengan baik.

"Jabatan Kesihatan Perlis lebih menekankan nasihat dan teguran berbanding tindakan undang-undang semata-mata," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kementerian Kesihatan menetapkan beberapa syarat dalam membenarkan pengendali makanan menggunakan kertas surat khabar untuk membungkus dan menyediakan makanan.

Antara syaratnya ialah hanya membenarkan surat khabar digunakan sebagai lapisan kedua untuk membungkus makanan yang sedia dimakan dan tidak bersentuhan secara langsung dengan makanan. - K! ONLINE