Beliau berkata, daripada jumlah itu, 82,619 adalah penderma baharu pada tahun lepas berbanding 76,213 penderma baharu tahun sebelumnya yang menunjukkan peningkatan positif bagi memenuhi keperluan pesakit di seluruh hospital di bawah Kementerian Kesihatan di seluruh negara.

"Di Malaysia, majoriti penduduk kita mempunyai darah dari jenis kumpulan O diikuti A dan B dan paling sedikit ialah darah jenis AB.

"Ada dua jenis pendermaan darah yang dijalankan di PDN satunya adalah pendermaan komponen  penuh darah atau 'whole blood' iaitu setiap tiga bulan sekali manakala satu lagi jenis pendermaan ialah  'aferesis' iaitu secara sistem temu janji," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini. 

Beliau berkata, pendermaan aferesis adalah pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet atau pun kedua-duanya sekali di mana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula. - Bernama