Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, dapatan itu adalah hasil siasatan yang dijalankan pihaknya sepanjang Januari sehingga bulan lepas.

"Hanya 24.4 peratus sahaja kes yang suspeknya mangsa tidak kenali. Pemangsa yang dikenali adalah seperti bapa kandung atau bapa tiri, datuk atau datuk tiri, abang kandung atau abang tiri, suami atau anak pengasuh, jiran, teman lelaki ibu, kawan-kawan mangsa dan jiran," katanya pada program Media Talk JSJ Selangor, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua JSJ (Risikan & Operasi) Selangor Asisten Komisioner Mohammad Abd Hamid, Pegawai Turus D11 (Jenayah Seksual (amp) Keganasan Rumahtangga) JSJ IPK Selangor dan Pegawai Turus D5 (Perundangan (amp) Siasatan) JSJ IPK Selangor Deputi Superintendan Dr A. Vasu.

Menurut Fadzil, statistik kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang dilaporkan di Selangor pada tahun ini turut menunjukkan peningkatan, iaitu sebanyak 333 kes dicatatkan bermula Januari sehingga bulan lepas berbanding 287 kes pada tahun lalu. - Bernama