Ini kerana 11 graduan OKU yang menghadapi masalah pekak dan bisu itu bakal dianugerahkan Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Hotel dan Katering).

Pegawai Perhubungan Awam PTSS, Shahril Annuar Ahmad berkata, 11 graduan itu merangkumi tujuh lelaki dan empat wanita.

"Lebih 161 graduan OKU telah mendapat manfaat hasil program sijil kemahiran khas itu yang mula diperkenalkan pada Julai 2009.

"Ini memudahkan mereka untuk mendapat pekerjaan selain menampung kehidupan diri serta keluarga," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, 1,441 graduan akan menerima diploma dan sijil masing-masing pada majlis konvokesyen itu.

Majlis itu turut diserikan dengan pelbagai program menarik seperti kayuhan basikal 'My Sihat 2018', wayang pacak, pertandingan anyaman ketupat palas, perang burger dan malam kebudayaan. - K! ONLINE