Kedua-dua bersaudara itu dibunuh selepas berlaku pertengkaran dengan sekumpulan kenalan mereka yang turut menyertai majlis hari jadi yang berlangsung di sebuah khemah di pangsapuri itu.

Sambutan hari jadi itu membabitkan pemuda berusia 21 tahun yang tinggal di pangsapuri itu. Terdahulu tetamu kepada pemuda itu dijamu di sebuah restoran daun pisang yang terletak kira-kira 500 meter dari pangsapuri berkenaan.

Selepas makan, majlis hari jadi itu bersambung di bawah khemah yang dipasang di bawah Blok B. Di khemah tersebut teĀ­tamu dan ahli keluarga yang menyertai sambutan hari jadi terus berkumpul sambil minum termasuk minum minuman keras.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.