Beliau berkata, tindakan itu perlu dilakukan segera selain memberi amaran bahawa ia hanya akan menyebabkan generasi akan datang menjadi “cacat”.

“Jauhkan golongan belia dan kanak-kanak dari sempadan, kami tidak mahu menjadikan orang ramai sebagai cacat,” katanya dalam satu ucapan di Tebing Barat dengan menyokong protes keamanan itu.

Setakat ini, seramai 48 orang palestin  terbunuh, manakala beratus-ratus cedera akibat serangan tentera Zionis Israel sejak beberapa tunjuk perasaan dan pertempuran yang berlaku di sepanjang sempada Gaza pada 30 Mac lalu. - AFP