Hakim Datuk Seri Mariana Yahya membenarkan penangguhan tersebut dengan syarat jaminan dinaikkan kepada RM12,000 seorang berbanding RM7,000 sebelum ini.

Kes membabitkan tertuduh,Koperal Mazlan Mohd. Noh, 36; Konstabel Mohd. Firdaus Abdullah, 26; Koperal Mohd. Juhairy Jamaludin, 33, dan Lans Koperal Mohd. Azimie Majid, 31, daripada Balai Polis Muadzam Shah, Rompin dekat sini yang didapati bersalah menerima dan meminta rasuah bernilai RM8,000 pada 2014 akan didengar di Mahkamah Rayuan, Putrajaya selepas pihak pembelaan menghantar notis berkaitan hari ini.

Pada 29 November lalu, Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof dalam penghakimannya di Mahkamah Sesyen mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes dikemukakan oleh pihak pendakwaan. - K! ONLINE