MD. RAUS
MD. RAUS

Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus Sharif berkata, mahkamah khas itu boleh mempercepatkan perbicaraan kes pemerdaga­ngan orang yang semakin menunjukkan peningkatan dan mengelakkan kes tertunggak.

Beliau berkata, mahkamah khas itu akan diwujudkan secara berperingkat di Ipoh, Perak; Muar, Johor; Me­laka; Kota Kinabalu, Sabah dan Balik Pulau, Pulau Pinang pada Mei hingga Jun depan.

“Mahkamah khas akan menumpukan sepenuhnya bagi kes pemerdagangan manusia. Berdasarkan pengalaman lalu, kes seperti ini dapat dikendalikan dengan baik,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis Pembukaan Tahun Kehakiman 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.