Beliau berkata,masih terdapat segelintir guru yang menunjukkan diri mereka di laman  media sosial Facebook sebagai propembangkang secara keterlaluan yang sepatutnya tidak berlaku.

"Saya dah sebut berkali-kali bahawa guru (adalah anggota) dalam perkhidmatan awam* mereka harus ada kesedaran yang mereka itu sedang menggalas tugas sebagai penjawat awam iaitu sebagai guru," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini, hari ini selepas menghadiri Majlis Titian Kasih bersama warga pendidik bersempena lawatan kerja sehari di pulau bebas cukai  ini.

Mahdzir turut mengingatkan bahawa sikap keterlaluan dan ekstrem dalam menunjukkan diri mereka propembangkang boleh dikenakan tindakan bergantung kepada keseriusan kes. - Bernama