Pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan hari ini menyebut bahawa langkah itu juga sebagai sebahagian daripada usaha bagi mengoptimumkan kos operasi dan pemanpanan Akreditasi Karbon Lapangan Terbang di Tahap 30-pengoptimis yang diiktiraf oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI).

Menurut MAHB, ia berhasrat menambah jumlah EV sekiranya data yang dikumpulkan dari penggunaan pada masa sekarang membuktikan ia bagus.

EV boleh mengumpul kapasiti tenaga yang mampu bertahan sehingga jarak perjalanan 210 kilometer sebelum ia mengecas semula selama sejam untuk kegunaan seseterusnya.

"Malaysia Airports berhasrat menggantikan kereta menggunakan minyak sekarang ini kepada EV kerana ia boleh menyumbang kepada pengurangan pelepasan 19,000 kilogram karbon dioksida yang dihasilkan setiap kereta dalam setahun," menurutnya. - Bernama