Lebih menarik, kerja-kerja menghasilkan mural lantai tersebut diadakan pada bulan Ramadan ketika kebanyakan daripada mereka berpuasa. 

Rektor UiTM Perak, Prof. Madya Md. Yusof Hamid berkata, program Avant Garde [email protected] Parit itu merupakan projek pertama anjuran universiti itu di daerah berkenaan. 

“Para pelajar melukis mural di atas lantas sebagai salah satu konsep mural baharu dan ia ditambah dengan elemen kelestarian alam apabila pokok turut ditanam di sekitar kawasan tersebut. 

“Selain itu, bangku seperti pangkin juga disediakan agar orang ramai boleh berehat sambil menyaksikan keindahan mural tersebut dan ia merupakan hadiah kepada warga Parit,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis tersebut hari ini. 

Turut hadir Pegawai Daerah Perak Tengah, Muhamad Ghopran Yeop Hamzah. 

Sementara itu, Penyelaras Kokurikulum Pembinaan Diri UiTM Perak, Shahrul Izwan Md. Hassan berkata, lukisan mural tersebut melibatkan 30 orang pelajar Kokurikulum Pembinaan Diri, 10 pelajar Jabatan Seni Halus dan dua pelajar perunding imej lanskap, Jabatan Senibina Landskap serta seorang perunding mural Jabatan Asas Seni. 

“Kesemua mereka bertungkus-lumus menyiapkan lukisan mural itu yang terdiri daripada 80 plot mural bersamaan 320 keping jubin dalam tempoh sembilan jam. 

“Dalam majlis itu juga, UiTM turut menyampaikan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Bait Al-Amin,” katanya. - K! ONLINE