Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli (gambar) berkata, pengurus lelaki berusia 44 tahun itu menyedari dirinya ditipu selepas dia membuat sembilan transaksi memindahkan wang secara online pada Khamis lalu.

Menurut beliau, sebelum kejadian, mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai pekerja sebuah bank dan memberitahu, dia mempunyai hutang sebanyak RM3,376.

“Mangsa terkejut dan membe­ritahu dia tidak mempunyai hutang menyebabkan suspek terbabit menyambungkan panggilan kononnya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

“Panggilan itu disambut oleh seorang wanita yang menyamar sebagai anggota polis. Selepas beberapa ketika bercakap, suspek wanita itu memberitahu mang­sa telah terlibat dengan kegiatan wang haram,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.