MASIR KUJAT
MASIR KUJAT

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat berkata, kerajaan sedar kewujudan pihak tidak bertanggungjawab dan sindiket yang menjadikan lapangan terbang antarabangsa sebagai hub serta transit untuk melakukan penyeludupan.

"Justeru, kerajaan melalui kerjasama strategik dengan MAB telah menganjurkan program pembangunan kapasiti bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan syarikat penerbangan yang mempunyai akses terus kepada individu yang disyaki menjadi mangsa pemerdangan.

"Ini merupakan antara langkah yang diambil bagi melaksanakan tanggungjawab negara di peringkat serantau dan antarabangsa dalam membanteras jenayah pemerdangan manusia sebagaimana terkandung dalam Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang (2016-2020)," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kempen Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Hidupan Liar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Masri berkata, selaras dengan komitmen membanteras jenayah tersebut secara lebih berkesan, kerajaan juga menyambut baik penglibatan aktif semua pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta.

Dalam pada itu, Eksekutif Perundangan MAB,  Nik Azhar Abu Bakar memaklumkan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan jenayah pemerdangan orang dan hidupan liar yang ternyata salah di sisi undang-undang-undang.

"MAB telah mengambil inisiatif dengan menyediakan latihan kepada 4,000 kakitangan barisan hadapan supaya dapat memberi kesedaran kepada hampir 68 juta penumpang di Malaysia yang dilapporkan pada 2017.

"Kita juga bekerjasama rapat dengan Majlis Antipemerdangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) bagi mengekang jenayah tersebut kebiasaannya menggunakan pengangjutan udara untuk menyeludup mangsa," katanya.

Nazli berkata, terbaharu syarikat penerbangan itu telah memeterai Perjanjian Buckingham pada Jun lalu sebagai langkah menyokong gerakan global membanteras jenayah penyeludupan hidupan liar. - K! ONLINE