Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, setakat ini, pihaknya berjaya mendaftarkan sebanyak 90,000 wasiat dan angka itu dijangka terus meningkat pada masa depan.

“Kami anggarkan nilai wasiat seorang pelanggan berjumlah kira-kira RM500,000 berikutan melibatkan beberapa aset seperti rumah dan kereta. Jadi, jumlah keseluruhan wasiat diuruskan MAAB mampu mencecah sehingga RM50 bilion.

“Buat masa ini, MAAB masih mengekalkan harga mampu milik bagi produk penulisan wasiat berbanding syarikat amanah lain bagi menggalakan pelanggan membuat perancangan harta pusaka secara komprehensif,” katanya.

Beliu berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama strategik antara MAAB dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini tadi. - K! ONLINE