Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr .Wan Azizah Wan Ismail berkata, kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini hari ini, pihaknya perlu berbincang dengan kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) mengenai perkara itu.

Semalam sebuah portal berita tempatan melaporkan Menteri, Perlombongan, Petroleum, Tenaga dan Hubungan Industri Australia Barat, Bill Johnston sebagai berkata, Australia tidak akan mengambil sisa itu dari luar negara sementara mengakui cara terbaik melupuskan sisa itu adalah dengan mengembalikan ke tempat asalnya.

Bulan lepas, Timbalan Menteri MESTECC, Isnaraissah Munirah Majilis memaklumkan menterinya, Yeo Bee Yin telah mengutus surat kepada pihak Australia pada 26 Februari lepas untuk bekerjasama dalam memastikan sisa buangan Lynas Malaysia Sdn Bhd dikembalikan ke negara itu.

Kerjasama itu bagi mencari jalan dalam usaha memudahkan proses pengeluaran sisa "Water Leached Purification" (WLP) yang dihasilkan kilang Lynas, yang sepatutnya dihantar ke Australia sebelum September ini sebagai sebahagian daripada syarat pelesenan operasi syarikat itu. - Bernama