Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, lori seberat 35 tan yang dipandu oleh lelaki berusia 40 tahun itu terjunam ke dalam sebuah lubang dipercayai disebabkan tanah mendap.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superitendan Mohd. Sabri Abdullah berkata, lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan namun lori yang dipandunya rosak di bahagian bawah.

“Lori yang membawa bahan-bahan binaan itu telah dikeluarkan dari lubang dan jalan sehala tersebut dibuka separuh bagi laluan kenderaan ringan.

“Kerosakan di jalan tersebut kini berada dalam tindakan pembaikan oleh pihak Majlis Perbandaran Daerah Kajang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini. - K! ONLINE