Dalam kejadian kira-kira pukul.8.20 pagi itu, lori dipandu mangsa dipercayai terbabas sebelum melanggar sebuah papan tanda dan tembok batu di jalan tersebut.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, mangsa maut di lokasi kejadian, manakala kelindan lori itu mengalami kecederaan.

"Siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku apabila lori dari Jalan Sendayan menuju ke Port Dickson itu terbabas.

"Pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan semasa menuruni bukit di jalan itu," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Hock Poh berkata, lori membawa muatan beras itu kemudian melanggar tembok batu yang berada di simpang jalan berkenaan.

Menurut beliau, pemandu lori itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala kelindan yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar ( HTJ) untuk rawatan.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - K! ONLINE