Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek hospital pintar pertama dalam negara itu bukan sahaja memberi manfaat kepada mahasiswa, malah peningkatan mutu perkhid­matan kesihatan dalam kalangan rakyat di Sabah.

Katanya, projek ikonik tersebut antara komitmen kerajaan untuk terus menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik di negeri ini.

“Hari ini saya ingin umumkan HUMS akan menjadi sebuah hospital pintar pertama di rantau ini. Kita boleh menjadikan ini sebagai projek ikonik.

“Kita akan cari duit kerana projek ini akan menguntungkan rakyat,” katanya ketika melancarkan Projek Pembangunan HUMS di kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini semalam.

Hadir sama Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tun Zaki Azmi.

Kehadiran Najib pada maj­lis pelancaran tersebut disifatkan sebagai sirih pulang ke gagang apabila beliau sewaktu menjawat sebagai Menteri Pendidikan melancarkan majlis pecah tanah pembinaan kampus UMS pada tahun 1995.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.