Penolong Pengarang 2 Kosmo!, Lokman Othman dilantik sebagai Pengarang Kosmo!, manakala Pengarang Kosmo! Ahad, Wan Hasnan Wan Hasan meme­gang jawatan Penolong Pengarang 1 Kosmo!.

Jawatan Pengarang 2 Kosmo!  pula diambil alih oleh Jamdi Nasir yang sebelum ini merupakan Pe­ngarang Luar Negara.

Sementara itu, Penolong Pengarang Kosmo! Ahad, Azimi Mustapha turut dinaikkan pangkat bagi mengisi kekosongan jawatan Pengarang Kos­mo! Ahad.

Semua kenaikan pang­kat tersebut ber­kuat kuasa 1 Disember 2018.

Kosmo! terbitan Kumpulan Utusan mula diterbitkan pada 31 Ogos 2004 dan kini merupakan akhbar berbahasa Melayu No. 1 di negara ini. - K! ONLINE