Menurutnya, beliau langsung tiada kaitan dengan skim tersebut, malah tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menggunakan logo berkenaan untuk tujuan seperti itu. 

"Saya minta orang ramai supaya berhati-hati dengan satu skim yang sedang bergiat menggunakan logo #teamTokMat yang menganjur pakej haji dan umrah RM5,000. 

"Saya tidak pernah beri kebenaran kepada sesiapa pun menggunakan logo dan perkataan #teamTokMat untuk memungut derma, menerima sumbangan atau sebarang skim berunsurkan perniagaan dan bayaran. 

"Saya harap orang ramai berwaspada dan jika perlu keterangan lebih lanjut, berhubung terus dengan saya atau kakitangan pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. - K! ONLINE