Lebuh raya terlibat adalah Lebuh Raya Shah Alam (LSA), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint) dan Lebuh Raya Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart).

Ketua Pegawai Eksekutif Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak), Sazally Saidi berkata, pemberian diskaun itu diberikan kepada pengguna LSA, LDP dan Sprint bermula pukul 12 tengah malam sehingga 11.59 malam pada 16 Februari ini.

Katanya, bagi pengguna Smart pula, mereka akan menikmati diskaun lebih awal iaitu pada 10 Februari bermula pukul 6 pagi sehingga 6 pagi keesokkan harinya.

"Diskaun tol yang akan diberikan kepada pengguna LDP adalah sebanyak 60 sen, manakala LSA pula adalah sebanyak 20 sen. Diskaun ini diberikan kepada semua kelas kenderaan.

"Bagi pengguna Smart, diskaun 30 sen akan berikan kepada kelas kenderaan satu dan empat, manakala bagi pengguna Sprint kita akan memberikan diskaun tol sebanyak 20 sen kepada semua kelas kenderaan," katanya pada sidang akhbar di Rumah Jagaan Sentosa, di sini hari ini. - K! ONLINE