Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, undang-undang yang bakal digubal itu tidak melibatkan kepen­tingan politik kerajaan semata-mata malah ia turut melindungi pihak pembangkang daripada risiko menjadi mangsa berita palsu.

“Undang-undang untuk menyekat berita palsu ini bertujuan untuk memastikan apa sahaja isu berkaitan dengan keselamatan, kaum dan agama dapat ditangani dengan betul.

“Jadi, dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya sekatan be­rita palsu hanyalah untuk menganiayai pihak pembangkang adalah tidak benar kerana mereka juga tidak terkecuali untuk dilindungi daripada menjadi mangsa berita palsu,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.