Baginda bertitah kanak-kanak yang mengalami penderaan itu tidak harus didiskriminasi sebaliknya, perlu diberi sokongan dan bantuan.

"Kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual selalunya tidak mempunyai sesiapa untuk meluahkan perasaan mereka dan sering dianggap sebagai pembohong.

"Berilah anak-anak ini peluang untuk merasa bahawa mereka mempunyai orang dewasa seperti kita yang boleh membimbing dan melindungi mereka," titah baginda pada majlis mengumpul sumbangan bagi Liga Wanita Johor (Jewel) di sini hari ini.

Majlis itu dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor. - Bernama