Serbuan di beberapa lokasi yang berakhir pada pukul 10 malam semalam itu berjaya menahan kelima-lima suspek termasuk dua beradik yang berusia dalam lingkuan 18 hingga 41 tahun.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, serbuan berkenaan juga berjaya menemui semula empat buah motosikal disyaki curi secara berasingan oleh suspek-suspek termasuk sebuah jenis Honda EX5 milik Wan Hassan yang dilaporkan hilang pada 30 Disember lalu.

"Serbuan pertama dan kedua yang dilakukan Jalan Bunga Raya dan Kampung Gong Pasir di sini antara pukul 1.10 petang dan 1.30 petang kelmarin, dua lelaki berusia 20 tahun dan 18 tahun telah ditahan disyaki terlibat dalam dua kes kecurian motosikal.

"Seorang suspek berusia 20 tahun pula berjaya ditahan dalam serbuan berasingan di Jalan Alur Tembusu di sini pada pukul 5 petang semalam yang membawa kepada penemuan sebuah motosikal Yahama 135LC dilaporkan hilang Jumaat lalu," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, serbuan ketiga di Kampung Baru Kuala Abang di sini pada pukul 10 malam semalam (kelmarin) pula berjaya menemui dua motosikal termasuk Honda EX5 yang merupakan milik Wan Hassan. - K! ONLINE